Penyakit ganjil
3 Penyakit paling Ganjil
Elephantiasis
Penyakit ini digelar Elephantiasis, membuat anggota badan menjadi besar, bengkak seperti gajah. Penyakit ini berlaku disebabkan cacing parasit yang dibawa oleh nyamuk lalu menyunting masuk larva cacing yang digelar microfilariae ke dalam darah. Micofilariae ini akan membiak dan tersebar melalui laluan darah dimana mereka akan hidup bertahun lamanya. Kebiasaannya, untuk mengenalpasti penyakit ini secara visual, anggota badan akan menjadi besar seperti kaki, tangan, dada dan kemaluan.
Progeria
Progeria ini merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh satu kecacatan kecil dalam genetik budak, tetapi mengakibatkan satu kejadian yang dahsyat dan merubah satu kehidupan. Rata-ratanya, budak yang menghidapi penyakit ini akan meninggal pada usia 13 tahun. Seperti yang kita lihat pada gambar diatas, ia mengakibatkan proses penuaan berlaku secara pantas, sering mendapat sakit jantung, botak, pra-matang, dan tulang kecil. Penyakit ini jarang berlaku, ianya berlaku dalam 48 orang sahaja di dunia akan tetapi pernah berlaku pada 1 keluarga dimana mempunyai 5 orang anak yang menghidapi penyakit ini.
Blue skin disoder
Penyakit ini terjadi pada satu keluarga yang tinggal di Creek, kentucky. Hampir kesemua mereka hidup sehingga 80 tahun tanpa sebarang penyakit yang teruk kecuali memiliki warna kulit yang berlainan iaitu berwarna biru, sedikit keungguan. Sifat ini diturunkan dari 1 generasi ke generasi lain.
0 comments