Swift

5 Drama Tv Siri Yang Termahal Di Dunia

5 Drama Tv Siri Yang Termahal Di Dunia

Sebelum itu, Drama siri merupakan satu rancangan televisyen yang disiarkan secara besiri setiap minggu sekali. Drama siri sering disambung tahun demi tahun, sehingga bermusim. Berikut merupakan 5 Drama siri yang termahal di dunia mengikut satu episod.

5. Lost - $4 Juta


Cerita ini bermula ketika kapal terbang yang dinaiki terhempas di satu pulau yang kononnya Pulau segi tiga, di rakamkan di pulau Oahu, Hawaii. Tempat rakaman merupakan satu penyebab rancangan ini menjadi mahal dan di rancangan ini yang di mulakan dengan 70 orang dan seekor anjing juga menjadi salah satu punca.

4. Deathwood - $4.5 juta


Deadwood, drama Amerika barat yang dirakamkan di Melody Ranch, Studio filem yang direkodkan di Los Angeles. Rancangan ini mengabungkan aspek sejarah dan fiksyen, juga menggunakan surat khabar sebenar dan diari penduduk tempatan yang tinggal di kawasan tersebut pada tahun 1870 - an.

3. Game Of Thrones - $6 Juta



Rancangan fantasi dan aksi ini merupakan satu rancangan yang berjaya menarik perhatian penonton, di siarkan di 75 negara di seluruh dunia. Mempunyai 275 orang pelakon setiap musim, dan yang pastinya ada kematian yang banyak berlaku pada setiap episod rancangan ini, agak menjangalkan sebab sepertinya tidak ada HERO dalam cerita ini. Musim pertama keseluruhan episod ini sahaja menggunakan wang sebanyak $60 juta.


2. Rome - $9 Juta



Cerita musim pertama Rome ini menceritakan kebangkitan Julius Caesar pada tahun 49 BC dan kebangkitannya selepas kejatuhan beliau. Rome sebuah rancangan televisyen HBO yang penuh aksi dan dengan adengan yang menarik ini pernah menjadi satu rancangan yang termahal.

1. Friends - $10 juta


Rancangan yang menceritakan tentang 6 orang rakan mengharungi kehidupan seharian, merupakan 1 rancangan yang paling lama pernah di siarkan di udara. Musim akhir rancangan ini menggunakan sebanyak $10 juta untuk satu episod dan menjadi rancangan televisyen yang termahal untuk 30 minit sahaja.

You Might Also Like

0 comments

Flickr Images