Swift

Cat kuku berharga RM805,352 !

Cat kuku berharga RM805,352 !

Cat kuku merupakan salahsatu gaya masa kini yang sering digunakan oleh kaum hawa untuk menghiasi kuku mereka. Terdapat beratus-ratus warna yang dikeluarkan oleh pelbagai jenama, mahupun murah dan ada juga yang mahal. Produk ini juga boleh dikatakan salah satu longgokan pasaran pada masa kini. Cat kuku dibawah ini merupakan produk yang dikeluarkan oleh Azature.


Seperti yang saya katakan tadi, cat kuku ini berharga lebih daripada RM800 ribu untuk satu unit. Bayangkan harganya sudah mampu membeli sebuah rumah yang cantik ataupun sebuah kereta mewah BMW. Berbalik pada cat kuku ini, ianya digelar sebagai "Black Diamond King" dan mempunyai 267 karat berlian hitam yang bernilai disimpan didalamnya.


Cat kuku yang memfokuskan dalam kecantikan kuku supaya ianya berkilau seperti perhiasan cincin berlian,emas dan sebagainya mungkin salahsatu yang terbaik pernah dihasilkan oleh Azature. Walau bagaimanapun, oleh kerana harganya yang terlalu mahal dan hanya mungkin 1% orang sahaja yang mampu unuk membelinya, mereka juga menawarkan cat kuku yang sama tetapi tanpa berlian. Boleh di beli di kedai mereka pada harga RM80 keatas.


You Might Also Like

0 comments

Flickr Images