Swift

Iphone 5S/C Tidak Tahan!

Iphone 5S/C Tidak Tahan!


New York : Pada masa ini dunia digemparkan dengan pengeluaran telefon pintar terbaru Apple Inc. iaitu Iphone 5S dan Iphone 5C yang mendapat sambutan hangat daripada peminat setia telefon pintar ini. Bagaimanapun, Pengguna dijangkakan akan berdepan kekecewaan apabila mengetahui model telefon ini ternyata mempunyai kekurangan dari segi ketahanan jika dibandingkan dengan keluaran model sebelum ini, Iphone 5.


Square Trade penyelia perlindungan bagi gajet, telah menjalankan ujian terhadap keluaran terbaru Apple inc. Iphone 5S/C dan 4 telefon pintar lainnya bagi mendapatkan keputusan ketahanan dari segi jatuhan, hentakan dan ujian kemalangan yang sering dialami oleh pengguna. Hasilnya, Iphone 5S/C tidak mempunyai ketahanan yang lebih baik dari keluaran sebelum ini.


Selain itu, Model telefon yang paling teruk prestasi ketahanannya adalah model Samsung Galaxy S4, dimana tidak lagi berfungsi setelah direndam dalam air dan dijatuhkan pada ketinggian 1.5 meter, berdasarkan syarikat yang berpusar di Francisco itu.

You Might Also Like

0 comments

Flickr Images