Swift

Vikingdom Filem Tempatan Malaysia!

Vikingdom Filem Tempatan Malaysia!





Filem Keluaran KRU ini mendapat pungutan sebanyak 10 juta, hasil daripada penjualan hak filem pengedaran di negara-negara luar! Ini merupakan satu anjakan besar dan memberi impak yang memberangsangkan ke atas industri filem Malaysia, setelah berlakunya pekara buruk melanda industri filem kita (KL Gangster 2).


Apa yang uniknya pada filem ini, ia dibariskan oleh pelakon-pelakon dari negara barat, bukan sekadar itu filem ini juga setanding dengan filem-filem barat yang lainnya. Semua kerja dari segi grafik, direktor, pembuatan filem sehinggalah siap dibuat oleh orang tempatan Malaysia.


Sayangnya, Sesetengah pelakon tidak mempunyai karisma yang tinggi dalam melakonkan watak mereka. Watak-watak dalam filem ini amatlah memerlukan pengalaman yang luas dalam pembawaan watak lagenda mitos.


Pengambaran Filem ini 100% di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Puncak Alam, Selangor, Kallie's Castle di Perak dan Gua Tempurung.

You Might Also Like

0 comments

Flickr Images