Swift

Hidup Guna "Paru-Paru Besi" !

Hidup Guna "Paru-Paru Besi" !


Martha Mason yang berasal daripada Amerika Syarikat telah hidup selama 61 tahun dalam tiub besi untuk terus bernafas.Tiub besi yang digelar sebagai "Paru-paru besi" ini berfungsi sebagai pengalir udara, mengembangkan dan mengecutkan paru-paru Martha kerana paru-paru Martha yang lemah.


Martha sedar akan keadaanya setelah adik lelakinya yang meninggal akibat simpton yang sama, akan tetapi dia merahsiakannya daripada keluarga kerana tidak mahu ibubapanya bertambah sedih setelah kehilangan satu-satunya anak lelaki mereka. Pada umur 11 tahun, Martha menjadi lumpuh kesan daripada penyakit Polio ini.


Walaupun keadaan kesihataan dia tidak begitu elok, dia tetap berjaya menamatkan pembelajaran sekolah menengah dengan cermerlang malah turut menganjurkan parti makan malam. 

Martha yang dilahirkan di Lattimore, North Carolina pada tahun 1937 ini berjaya untuk hidup lama setelah doktor mengatakan yang dia hanya akan mampu untuk hidup selama setahun, berpantang mati sebelum ajal. Selain itu, Martha yang telah selesa mengunakan mesin ini enggan menggunakan kaedah lain walaupun dia mengetahui terdapat kaedah lain sebagai pengganti mesin ini.

You Might Also Like

0 comments

Flickr Images