Swift

Potong Mayat Isteri, Suami Mati Dalam Penjara!

Potong Mayat Isteri, Suami Mati Dalam Penjara!

Seorang lelaki bernama Frederick Hengl berusia 66 tahun penghidap penyakit kanser prostat telah meninggal dunia semalam di dalam penjara San Diego, kata jurucakap pejabat kesihatan penjara tersebut.


Dia yang telah didakwa melakukan perbuatan keji iaitu membunuh isterinya sendiri Ana Faris yang juga sakit menghidapi penyakit Alzheimer. Polis yang membuat siasatan, hasil daripada laporan jiran rumahnya yang mengatakan tercium bau busuk telah berjaya menahan suspek yang sedang memotong badan isterinya, turut ditemui cebisan daging yang dimasak diatas dapur.


Guni yang berisi anggota badan manusia ditemui, kepala manga turut dijumpai didalam peti ais dan senjata pisau pemotong dan gergaji ditemui didalam bilik air rumah tersebut. Jirannya yang sudah tidak melihat kelibat mangsa lebih dari sebulan dan juga mendengar bunyi alat gergaji dipasang dari rumah mereka membuat keraguaan.



You Might Also Like

0 comments

Flickr Images