Nathan Verhelst. Nancy. Tukar jantina. Bunuh diri.
Bunuh Diri Gagal Tukar Jantina!
Bunuh Diri Gagal Tukar Jantina!
Seorang Ibu yang melahirkan anak perempuan 44 tahun dahulu asyik merungut kerana mendapat anak perempuan, dia yang mengidam melahirkan seorang anak lelaki telah mengakibatkan satu kejadian yang amat tragis. Anaknya, Nancy 44 tahun telah menjalani pembedahan penukaran jantina untuk memuaskan hati ibunya bertukar menjadi satu malapetaka bagi dirinya.Nathan Verhelst ialah nama lelaki Nancy, menjalani terapi hormon pada tahun 2009 diikuti pembedahan mastektomi (pembuangan buah dada) dan juga pembuangan zakar yang dilakukan pada tahun lepas. Akan tetapi menurut Nathan Verhelst tidak ada satu pun pembedahan yang berjaya malah dia jijik melihat dirinya di cermin dan dia bersedia untuk menyambut kelahirannya semula.
Setelah dia menjalani pembedahan, dadanya tidak seperti yang dia harapkan, kemaluannya menunjukkan tanda penolakan dan dia juga berkata tidak ada mana-mana wanita pun yang meninginkan dirinya. Kemudian, dia membuat keputusan untuk menamatkan riwayatnya. Setelah pihak berkuasa berpuas hati dan melebelkan ini sebagai "penderitaan yang tidak tertanggung" mereka kemudiannya menyuntik racun dan memenuhi hasrat Nathan Verhelst.
0 comments