Swift

Pengemis Bina Hotel Hasil Wang Mengemis

Pengemis Bina Hotel Hasil Wang Mengemis!


              Seorang lelaki yang bernama Mohammed Taher, berasal daripada Yaman membina sebuah hotel dan sebuah pusat membeli belah. Selain itu, dia juga menghadiahkan isterinya sebuah kenderaan pacuan 4 roda dan sebidang tanah, semua ini adalah hasil wang yang diperolehinya ketika mengemis.
 
              Mohammed yang asalnya seorang tukang kayu mendapati gaji yang diperolehinya lebih sedikit jika dibandingkan dengan pengemis. Kemudiannya, dia merancang untuk menjadi seorang pengemis dan berhenti kerja sebagai tukang kayu. Setelah dalam beberapa bulan dia dapat mengumpul sejumlah besar wang hasil daripada pendapatannya sebagai seorang pengemis.

             Selama 10 tahun dia mengemis di bumi Arab Saudi, wang simpanannya telah mencukupi dan memutuskan untuk balik ke negara asalnya iaitu Yaman. Sejurus dia pulang ke kampung halamanya pekara pertama yang dilakukannya ialah memberi penghargaan kepada isterinya kerana setia menunggu kepulangannya dan tabah menjaga anak ketika ketiadaanya dengan membeli kereta dan tanah.   

             Kemudian, dia membina sebuah hotel dan juga pusat membeli belah, dia kini merupakan salah seorang yang terkaya disalah sebuah wilayah di Yaman.

You Might Also Like

0 comments

Flickr Images