Swift

Ipad Baru Warna Emas!

Ipad Baru Warna Emas!


Setelah pelancaran Iphone 5S/C mendapat sambutan yang hangat daripada pengguna terutamanya produk Iphone 5S berwarna emas, Apple dikhabarkan merancang untuk menampilkan Ipad mini berwarna emas pada kali ini.


Iphone 5S berwarna emas, amat laris dijual di negara seperti Amerika Syarikat, Jepun, Jerman, China, Britain, Australia, Perancis dan Singapura. Kini, Apple juga dijangka akan mengeluarkan ipad murah yang diperbuat daripada kerangka keluli dan polikarbonat.


Iphone 5S yang dilengkapi sistem keselamatan mengesan cap jari dijual pada harga RM2300 keatas yang bakal diedarkan di Malaysia tidak lama lagi mempunyai ciri-ciri - 40 kali lebih laju kuasa perkomputeran, bateri tahan lebih lama, dan cip pemprosesan 2 kali lebih pantas.


You Might Also Like

0 comments

Flickr Images